Monday, November 22, 2010

Doa dan Harapanku...

Ya Allah
Andaikan berkenan, limpahkanlah kepada kami CINTA
 yang kau jadikan pengikat rindu Rsulullah dan Khadijah
 yang kau jadikan mata air kasih sayang
yang kau jadikan penghias keluarga Nabimu yang suci.

Andai semua itu layak bagi kami, Maka
Cukupkanlah permohonan kami dengan keredhaanmu dan
jadikanlah kami sebagai suami isteri  ;

Yang saling mencintai di kala duka
Yang saling menjaga kehormatan di kala jauh
Yang saling menegur di kala khilaf
Yang saling mengingatkan di kala bahagia
Yang saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan
Yang saling menyempurnakan dalam ibadat

Dekatkanlah dia (suamiku – Saburi bin Omar Din) padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan itu ABADI
Mudah mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke syurga
Dan kurniakan kami zuriat (dalam kandunganku ini) yang soleh dan solehah.
Amin Yaa Rabbal  AMIN…..

Saturday, November 20, 2010

Kau yang kusayang....

Al-fatihah buat ketenangan insan yang amat kusayangi.. hari ini aku terlalu rindu padanya.. tika aku sedang menjaga peperiksaan akhir  tahun di sekolah, di mana tempat bermulanya kerjayaku.  4 Perdagangan 2.. Kelas anak didikan ku..aku teringat  akan kenangan kita.  Dulu kelas perdagangan adalah kelas pilihanku.. kini aku mengajar di kelas perdagangan bagi mata pelajaran keusahawanan.. prinsip perakauanan adalah matapelajaran kegemaranmu.. aku tidak mengajar  Cuma jurusan perdagangan ini pasti kedua-dua matapelajaran ini.. keusahawanan dan prinsip perakaunan.. perjuangan ku bermula di kelas perdagangan yang jua pilihanku keranamu.. pilihan kita bersama..
Aku rindu padamu.. rindu pada senyumanmu.. rindu ingin memeluk dirimu.. rindu atas segala-galanya yang pernah kita lalui bersama dulu.. rindu serindu rindunya..rindu tentang kenangan kita. Yang pernah kita impikan bersama. Yang pernah kita angankan bersama. Yang pernah kita bualkan bersama. Namun suratan takdir. Takdir  tuhan yang maha esa tidak mampu kita teruskan bersama..
Kini tinggal aku sendirian.. meneruskan perjuangan ini tanpa dirimu disisi.. terlalu hebat dugaan itu bagiku.. kau tempat aku mengadu, meluahkan, menceritakan dank au lah segalanya yang terlalu memahami diri ini..
Pada mulanya terlalu berat dugaan ini. Terlalu sukar bagi diriku menerima hakikat bahawa aku akan kehilanganmu. Yang pasti aku memang sudah kehilanganmu.. hilang yg tidak akan berganti.. aku rindu padamu.. sungguh dan percayalah.. aku mmg rindu padamu.. rindu akan wajahmu.. terbayang dan bermain di mata ini.. ingatanku tidak akan hilang terhadapmu.. percayalah…aku terlalu sedih tanpamu.. namun aku redo dan pasrah..
Mengapa suratan takdir memisahkan kita. Pasti akan hikmah disebaliknya.. pasti ia mahu aku kuat seperti kekuatan semangatmu.. sesungguhnya aku telah lama  pasrah dan menerima hakikat akan kepergiaan mu dengan iringan doa.  Semoga kau akan ditempatkan disisi orang2 yang beriman. AMIN… semoga kau akan dirahamti Allah SWT…
Dan doakan kejayaan aku.. aku meneruskan perjuangan kita. Meneruskan kehidupan dan pejuangan untuk nasib keluarga dan diri ini..Maafkan Aku wahai Insan yang amat kusayangi..

Thursday, November 4, 2010

Sekian Lama Menyepi...

Salam Buat Semua…

Sekian lama menyepi bukan ilang.. tetapi kesibukan diri n kesuntukan masa untuk sebuah coretan.. dgn kerjaya, peribadi n hal2 yang perlu untuk meneruskan kehidupan..bukan mudah mengharungi kehidupan yg kian mencabar.. mencabar diriku dengan pelbagai dugaan..

ku bersyukur atas anugerah yg diberi.. ujian dan dugaan lebih mematangkan kita.. melayari sebuah perkahwinan yang baru setahun jagung bukan semudah yg disangka.. memerlukan kesabaran, pengorbanan dan tolak ansur yang tinggi.. betul kata semua.. baruku faham akan maksud itu.. baru ku tahu hakikat alam berumah tangga.. kesabaran teruji tetapi kesabarannya lagi teruji.. dengan semua yg berlaku luahan hati ke hati adalah amat perlu..

buat yang tersayang.. thanks kerana cuba memahami dan menjadi yg terbaik.. sesungguhnya kau terlalu istimewa cuma aku yg masih terkapai2 untuk belajar dalam perjalanan kehidupan kita ini..maafkan diri ini kerana sering menjadi punca yg mendatangkan masalah.. bukan bermakna tidak menerima tetapi masih belajar menerima sesuatu yg baru..

Wednesday, November 3, 2010

11072009



Ciptaan Ayu sendiri tau dgn ilmu yang ala kadar... untuk kenangan kami... Luv u Hubby...

Kasih Tercipta

Majlis Pernikahan 11 Disember 2009
Majlis akad nikah kami berlangsung di kediaman milik keluarga Ayu di Batu Satu Jalan Sungkai 35500 Bidor, Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat 11hb Disember 2009 selepas waktu solat Jumaat.  Ayu telah diwalikan oleh Ayah, Mohd Yusof dan Dinikahkan oleh Penolong Pendaftar NCR Mukim Bidor iaitu Tn. Hj Sohaili Bin Ramli.  Majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna ini dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat Ayu seisi keluarganya.



Majlis Persandingan 12 Disember 2009
Majlis persandingan telah berlangsung pada 12 Disember 2009 di kediaman milik keluarga Ayu di Bidor Perak dalam suasana yang sederhana dan penuh kegembiraan.  Majlis persandingan kami bertemakan warna hitam dan putih merupakan warna yang ceria dan suci bersih dengan kehadiran saudara mara, kenalan dan semua sahabat handal Ayu dan keluarga kami.  Majlis turut diselitkan dengan acara memotong kek dan selingan lagu cinta dan perkahwinan di sepanjang majlis yang diacarakan oleh Juruacara iaitu Encik Yaakub dari Kg Petaling Bidor, Perak.  Detik-detik indah sepanjang majlis  ini telah dirakamkan oleh jurukamera milik keluarga kami Eddy Photographer iaitu En. Hamzidi Hamid suami kepada Adik Saudara Pengantin Perempuan  Pn. Nur Faizah Binti Hj Saibul dan semuanya ditaja oleh pasangan tersebut.  Detik-detik indah juga dirakamkan secara Outdoor pula dilangsungkan di kawasan Sungkai juga ditaja khas oleh Eddy Photographer.
 
Perkenalan …
Diperkenalkan oleh kenalan di Port Dickson sekitar  November 2007 dan dari kenalan mulanya timbul rasa di hati ini.. Mengenali diri masing-masing dari kejauhan, kami lost touch for a while until pertemuan semula di bulan Ramadhan September dan Oktober 2008.  Bermula dari situlah hubungan itu mula rapat hingga menguntumkan bunga2 cinta. Sehingga kami mengikat Tali Pertunangan pada 11hb Julai 2009.                                                    
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan di antara kami,
Agar kebahagian itu adalah abadi,
Dan Tuhanku yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan
Yang sejahtera seperti mana yang engkau
Kehendaki.....







Bulan Madu…
Di Suria Cherating Beach Resort, Cherating Pahang Darul Makmur pilihan Ayu dan melaksanakan sedikit tugasan sambilan di Nilai Negeri Sembilan.  Situasi yang penuh kenangan dan meninggalkan pelbagai suka duka kehidupan bersama buat permulaan..




Hantaran & Majlis Batal Air Sembahyang
Hantaran hanya dibawa semasa majlis pertunangan pada 11hb Julai 2009, 19 dulang berbalas 21 dulang dengan pelbagai kelengkapan diri dan makanan serta manisan.




Lokasi Pengambaran
Pilihan jurugambar iaitu lokasi taman dan pembandaran. Di sekitar Sungkai Perak dan Teluk Intan Perak. Penuh kenangan yang tidak dapat kami lupakan. 










Nama Pengantin : Saburi Bin Omar Din, 35 & Ramlah @ Ayu Binti Md Yusof ,30.
Selamat Pengantin Baru
Ikhlas Ayu


 


Majlis Persandingan 13 Disember 2009

Majlis  Resepsi pihak lelaki diadakan keesokan harinya iaitu pada 13 Disember 2009 bertempat di kediaman pengantin lelaki di  di No 62, Kg Baru Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak.  Majlis dihadiri seramai 500 orang tetamu dikalangan keluarga terdekat kedua-dua mempelai, rakan-rakan lama, saudara mara dan sahabat handai.  Perjalanan majlis yang sempurna ini diuruskan sendiri oleh seluruh keluarga pengantin lelaki yang diilhamkan dengan tema berwarna hijau lumut yang cukup menyerlah.  Tetamu dihidangkan dengan makanan yang disediakan secara tradisional iaitu gotong-royong bersama-sama penduduk kampong dan jiran-jiran.  Turut disulami dengan alunan muzik yang mengembirakan semua para tetamu.




Abang

ABANG.....
Diperkenalkan dan dari kenalan mulanya timbul rasa di hati ini.. Mengenali diri masing-masing dari kejauhan, kami lost touch for a while until pertemuan semula di bulan Ramadhan.. Bermula dari situlah hubungan itu mula rapat hingga menguntumkan bunga2 cinta...
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan di antara kami,
Agar kebahagian itu adalah abadi,
Dan Tuhanku yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan
Yang sejahtera seperti mana yang engkau
Kehendaki.....

Setulus Kasihku
Ayu....

Hasil Nurkilan dr Blog FS....


Kenangan Itu...
August 27th, 2009 by r-ayuni
Kebosanan di rumah membawa aku mereka barisan ayat-ayat ini. Bukan ayat-ayat cinta tapi sebuah cerita pengubat kesunyian… petang tadi penat sungguh aku. Mengemas rumah nak kata rajin tak jugak, maybe kerana terpaksa… tak jugak.. mengemas untuk berhari raya terlalu awal sedangkan puasa kita baru masuk hari ke-5 hari ini.. mood baik kot atau dengan kata lain saja nampak kemas sikit biar aroma lilin yang terpasang membawa suasana yang lebih menyegarkan…
Dalam kesibukan mengemas aku terjumpa sesuatu… inilah yang ingin sekali aku kongsi bersama kalian.. gambar lama… hampir mencecah 10 tahun.. masih cantik dan mampu dilihat dengan jelas. Sapa mereka di dalam gambar itu… insan yang amat kusayangi. Tanpa kesedari menitis air mata ini. Terlalu rindu akan dia. Belaiannya, sentuhnya dan senyumannya… terlalu tersentuh aku kerana aku membesar atas sentuhannya. Didikannya dan kederatnya… orangnya bertubuh kecil tapi mempunyai hati yang kental. Ingatan yang kuat dan ketabahan yang cukup mengagumkan aku.. hidup dalam zaman jepun hingga ke zaman pembangunan pesat… peralihan zaman menyebabkan dia di mamah usia terlalu uzur lalu kerana sakit tua ia pergi jua… Allah SWT lebih menyayanginya… aku redo atas ketentuan Ilahi kerana usianya Cuma walaupun aku bersedia kehilangannya tapi kehilangan cukup dirasai… Ya Allah aku izinkan Ya Allah. Ambil la dia agar kesakitannya berkurangan lalu ia pergi buat selama-lamaya… tak dapat ku bayangkan. Aku sentiasa bersamanya… ke mana jua.. menjaga ia di hospital, di rumah, dan di klinik. Subang jaya medical centre berminggu aku di situ… bersama-samanya.. aku rindu padanya… Dan kini setiap kali rindu itu datang akan ku sertai dengan iringan Doa agar ia ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman…AMIN…
Aku tak mampu meneruskan coretan ini. Emosi ini cukup terganggu. Aku perlu berehat… ada masa dan kelapangan akan ku sambung kisah ini. Kisah insan yang tersayang yang cukup hebat di mataku. Permata dihati… Al-Fatihah buat Ucu nenek yang amat kusayangi..merenung wajah sayunya hati ini…
Ego……
August 27th, 2009 by r-ayuni
Egois…
Kerana terlalu ego aku kecundang… tewas dalam peperangan yang aku sendiri ciptakan. Kerana setinggi mana pun ego aku maka tinggi lagi egonya… maafkan aku kerana tidak memahami mengapa dia penuh dengan ego.. tinggi dengan ego yang menguji kesabaran ku. Kerap kali aku menitiskan air mata tapi dibiarkan berlalu.. adakah kerana egonya atau kerana egoku… lalu aku terus ego. Tanpa perbincangan dan luahan hati ke hati. Tapi kerana ego ku itulah ia telah memusnahkan sebuah ikatan… aku seharusnya bersabar melawan egonya.. cuba menurun darjah keegoannya.. bukan terus sama-sama melawan ego.. namun ia sudah berlalu.. berlalu bersama masa yang begitu pantas… pergi dan tidak akan kembali… Cuma perlukan aku ego lagi… ego yang tidak kena pada tempatnya…
Ego bukan sesuatu yang tidak penting. Amat penting dan biarlah ia kena pada tempatnya.. semua insan memiliki ego. Cuma ada cara untuk mengurus ego sendiri dan ego orang lain. Yang terbaik beralah lah kita sebagai wanita yang selalu di perkatakan insan bernama lelaki mempunyai ego yang tinggi… beralah bukan bererti kalah tetapi mencari jalan, peluang memahami situasi sebenar… pesananku buat diriku dan jua kalian bukan tiada ego Cuma belajarlah berhadapan dengan ego…jangan terlalu egois!
Love
August 27th, 2009 by r-ayuni
Salam Satu Malaysia……
Masih ingat lagi akan filem LOVE IS CINTA… sebuah filem yang mengasyikan seperti Ada Cinta, Mencintai Cinta dan Cinta… satu ungkapan yang cukup indah didengari dan cukup membuat kita tersenyum…. senyuman yang membawa seribu makna yang tersirat dan tersurat…
Apakah dengan bercinta ia akan lebih bermakna.. berapakah tempoh matang bercinta yang paling terbaik… pernahkan kita terfikir untuk bercinta selepas berkahwin atau sebaik-baiknya bercinta untuk melangkah ke gerbang perkahwinan…
Bukan senang untuk bercinta di mana mencintai dan dicintai… kebahagiaan di kala berputiknya sebuah percintaan yang belum pasti menjanjikan kebahagiaan ke akhir hayat… namun kita insan yang berani. Berani menghadapi sebuah percintaan dengan pelbagai ranjau n rintangan. Maka melangkah la kita ke alam perkahwinan yang cukup membahagiakan…. seperti pasangan lain kita terasa begitu bahagia memiliki dan dimiliki.
Mengapa terpanggil untuk membuka lembaran ini? Kerana terbaca sesuatu yang cukup membawa seribu pengertian… “ Tak terjangkau dengan kaki dan tak terucap dengan kata-kata indah. Itulah irama kehidupan yang mengalunkan pelbagai emosi kita”.  Cinta merupakan emosi kita… emosi yang cukup tulus lahir ikhlas dari hati kita… sesuci pemberinya dan sesuci itulah hati penerimanya… ia memerlukan pengorbanan.. menempuhi satu pertaruhan di mana berbezakah alam pencintaan dengan alam perkahwinan… jawablah wahai insan yang bergelar suami dan isteri.. hanya mereka yang mampu merungkaikan persoalan ini dan persoalan demi persoalan…
Kita yang kecewa kerana cinta perlukah bercinta lagi… bimbang akan kecewa lagi.. tapi ia telah bermula tanpa disedari… maka hadapilah, tempuhilah ia kerana kehadirannya mungkin membawa sesuatu yang berharga dalam kehidupan kita….jadi bukan kerana atas nama cinta, mencari cinta, sambutlah cintaku dan cinta sang ratu tetapi kerana lumrah kehidupan yang memerlukan kasih yang suci, indahnya kasih dan mengertinya sebuah rindu untuk penyatuan dua hati yang saling melengkapi. Oleh itu jadikan setiap hari adalah hari yang istimewa penuh dengan bunga-bunga cinta yang pasti terselit sedikit kelayuan dan keguguran sebagai ranjau kehidupan….dan bercintala kerana Allah S.W.T agar ia lebih diredoi…so selamat pengantin baru buat semua sahabatku…..kalian berjaya membawa cinta kalian ke alam perkahwinan yang merupakan bukti cinta penyatuan dua jiwa bagi setiap pasangan yang berkasih untuk dikenang dan kekal sepanjang hayat. AMIN……
Buktikan…
August 25th, 2009 by r-ayuni
Melentang Division kawasan estate milik penuh Sime Darby…di sini bermula sebuah kehidupan baru bersama insan baru. Adakah mereka saling sayang menyayangi.. semoga begitu la hendaknya. Pertemuan dan penyatuan dua hati semoga ia berkekalan dengan sempurna. Amin…. walaupun pelbagai masalah timbul ku harap mereka teguh berdiri dan berdikari bersama atas nama cinta yang tercipta untuk mereka. Oleh mereka sendiri. Tiada yang mampu menghalang namun tiada juga yang menidakkan satu kebenaran yang terpaksa di terima…
Ku harap ia bukan satu persinggahan sementara penat. Sementara melepaskan keletihan…  biarlah ia selamanya begitu hingga ke akhir hayat. Walaupun ada pihak yang tidak menerima, merestui kehadiran ia maka buktikan lah…. ia mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik. Menjadi seseorang yang boleh dipercayai, diterima dan disayangi..
Masalah timbul lagi apabila kehadiran insan ketiga yang bukan tepat pada waktunya.. aku menerima kehadiran ia walaupun tetap ader pihak yang menolak kehadirannya.. bukan menolak selamanya Cuma memerlukan waktu untuk menerima dan berfikir… merenung wajahnya sayu hati ini. Mengapa situasi ini berlaku sedangkan ia sesuatu yang bermakna dan yang penting buat kita… inilah suratan takdir. Penentu segala yang berlaku. Pasti ader hikmah disebaliknya… pasti ader cahaya dan sesuatu yang terbaik buat kita…. bersabarlah…..
Maka disitulah mereka meneruskan kehidupan. Bukan aku sanggup membiarkan tapi apakan daya aku tidak mampu mengubah sesuatu yang di luar bidang kuasa ku… aku hanya berserah kepada Nya.. agar semuanya akan berjalan lancar dan sempurna. Segala yang keruh akan jernih semula. Percayalah….
Bukan aku tidak mempercayai insan itu. Itu bernama lelaki. Tetapi terlalu berhati-hati. Mampukan ia membahagiakan insan yang aku sayangi… bertanggungjawab atas diri nya dan orang lain. Jika ia buktikan… aku sedia menunggu sebelum aku bertindak lebih jauh..
Aku ke sana MD bukan untuk memarahi. Jauh sekali memisahkan malah memberi sedikit sokongan walaupun aku menerima pelbagai kemarahan di luar sana. Menerima angapan dan tanggapan yang aku sendiri tidak mampu terima. Tahukah mereka. Bukan senang tapi ku lalui demi kasih sayang ini. Dan kerana itu ku amat memerlukan pengirbanan kalian untuk kebaikan bersama. Buktikan lah…Aku akan teruskan jua berdepan moga ader sinar untuk kita kelak.. sinar yang akan menyinari seluruh keluarga kita…ingat bukan satu permainan tetapi satu percaturan kehidupan yang ku harapkan sebauh kebahagiaan yang kekal abadi…..
Sesuatu yang bermakna
June 3rd, 2009 by r-ayuni
andai kata masa itu tiba, maka sesuatu yang bermakna buat diri ku akan berlaku.. aku hargai segala yang berlaku dan pasti menghargainya…
aper yang berlaku atas kehendak semua yang pasti mengembirakan semua. hati ini dan hati mereka semua termasuk hati dia…..
moga impian itu akan tercapai dan sesuatu yang bermakna akan terus bermakna hingga akhirnya…
Permulaan…..
June 3rd, 2009 by r-ayuni
disini bakal bermula satu permulaan… sesuatu yang pasti mengembirakan banyak hati. termasuk hati ini….. semoga permulaan ini akan terus mekar hingga ke akhirnya..
buat yang bersama di permulaan… bersabar la… pasti akan ader akhirnya..
November Ini…
November 18th, 2008 by r-ayuni
November kali ini mencipta sejarah.. sejarah silam dengan citer baru… November bertemu november dan di mana kah akhirnya.. pantas dan pasti sesuatu yang sukar diduga..
Doa dan harapan agar November akan datang membawa seribu kepastian.. membawa jawapan untuk semua november yang telah berlalu…membawa sesuatu yang pasti dalam kehidupan..
kehadiran november membawa kenangan terindah.. kenangan yang tercipta antara kita… moga dia akan berkekalan selagi november menjelma..
Laluan Kehidupan
April 19th, 2008 by r-ayuni
Salam buat mereka..
diri ini jarang menulis.. terpanggil untuk menulis tetapi masa begitu singkat.. kesibukan di mana silapnye sering menguasai diri. biarlah selagi ader keperluan dan kemahuan..selagi ia memberi rezeki dan kebahagian.
bercerita pastinye memerlukan mood n idea.adakah hari ini mood yang terbaik. coretan ini untuk diri ku yang terkapai2 dalam pencarian sesuatu yang pasti.
menolak takdir ibarat menolak ketentuanNya.. tetapi ia terlalu sukar untuk ditempuhi..sesungguhnya diri ini bersyukur atas ape yang dikurniakan. terlalu banyak yang tak mampu dinilai..
ceritaku bermula disini……
diri ini terlalu menghargai kehadirannya.. tanpa nya adakah diri ini mampu berdiri teguh seperti sebelum ini dan hari nie. tiada lagi air mata mampu kutangisi kerana andai ditentukan ia pergi jua. aku pasti pasrah..cuma Ya Allah berilah diri ini kekuatan menempuhi tanpa mereka insan-insan yang tersayang..
pilihan keluarga atau pilihan sendiri.. sukar untuk menentukan. wahai insan yang ku sayang. satu2nya darah daging yang ku miliki setelah kepergian L .. diri ini bersedia menguruskan tapi berfikirlah semua atas aper yang dirimu pinta.. bukan aku tidak mampu menunaikan tapi fikirlah kerana perkahwinan bukan untuk sehari..
seandainya terjadi jua, aku bisa menjaga hati demi kebaikan kedua-dua belah pihak. ingat lah diri ini sentiasa disamping mu dekat dihati walaupun jauh di mata.
aku sayang padamu dan keluarga kita adalah keluarga yang kecil. jangan di hancurkan keluarga ini.
peluang ader di mana2. tp bagaimana harus ke ambil setiap peluang yang ada. rasa belum cukup kekuatan ini tapi kapan bila ia akan cukup… telah banyak ku lalui, rasai tapi mengapa belum jua ader yang terkena… ya mungkin belum ader rezeki tapi di mana silap ku kini.. aku harus berfikir untuk berubah, mengubah dan terubah sesuatu yang terbiasa..
inilah laluan kehidupan dalam 3 cerita.. dalam tahun 2008.
Kosong Tapi Bermakna
February 7th, 2008 by r-ayuni
07022008 tarikh bermula sesuatu yang sepatutnya belum bermula… maka ia ibarat kosong tapi bermakna.. diriku pergi dengan penuh makna dan permintaan… tp semuanya diperolehi tetapi diri ini ibarat kosong bile berhadapan… pelbagai persoalan bermain di minda… beribu pertanyaan yang tak mampu ditanya dan dijawab… siapakah yang harus dipersalahkan.. keadaan, masa, situasi dan tika itu… walaupun sudah berlalu.. kenangan tetap diingatan… adakah mudah terpadam, dipadam, musnah dan dilupuskan begitu saja…
tiada kebenciaan di hati ini, tiada dendam di hati ini, cuma hati ini kosong. ibarat tak dapat merasai apakah rasanya jika adanya… bukan menidak keperluan hakiki, menolak takdir, tetapi belum bersedia menerima semuanya…
banyak yangku tahu maka lg banyak yang ingin ku tahu.. ingin ku fahami, ingin ku ketahui dan ingin ku bongkar… tetapi ia adalah sesuatu yang sukar untuk di cari, di temui dan di kenal pasti…
kemaafkan ikhlas telah lama diberikan, cuma hati ini kosong menerima… terfikir perlu atau tidak, untuk apa n mengapa mesti…
inilah sesuatu yang kosong tapi bermakna…kosong yang perlu difikir untuk diisikan dan bermakna kerana tanpanya tiada la diri ini…