Kenangan Itu...
August 27th, 2009 by r-ayuni
Kebosanan di rumah membawa aku mereka barisan ayat-ayat ini. Bukan ayat-ayat cinta tapi sebuah cerita pengubat kesunyian… petang tadi penat sungguh aku. Mengemas rumah nak kata rajin tak jugak, maybe kerana terpaksa… tak jugak.. mengemas untuk berhari raya terlalu awal sedangkan puasa kita baru masuk hari ke-5 hari ini.. mood baik kot atau dengan kata lain saja nampak kemas sikit biar aroma lilin yang terpasang membawa suasana yang lebih menyegarkan…
Dalam kesibukan mengemas aku terjumpa sesuatu… inilah yang ingin sekali aku kongsi bersama kalian.. gambar lama… hampir mencecah 10 tahun.. masih cantik dan mampu dilihat dengan jelas. Sapa mereka di dalam gambar itu… insan yang amat kusayangi. Tanpa kesedari menitis air mata ini. Terlalu rindu akan dia. Belaiannya, sentuhnya dan senyumannya… terlalu tersentuh aku kerana aku membesar atas sentuhannya. Didikannya dan kederatnya… orangnya bertubuh kecil tapi mempunyai hati yang kental. Ingatan yang kuat dan ketabahan yang cukup mengagumkan aku.. hidup dalam zaman jepun hingga ke zaman pembangunan pesat… peralihan zaman menyebabkan dia di mamah usia terlalu uzur lalu kerana sakit tua ia pergi jua… Allah SWT lebih menyayanginya… aku redo atas ketentuan Ilahi kerana usianya Cuma walaupun aku bersedia kehilangannya tapi kehilangan cukup dirasai… Ya Allah aku izinkan Ya Allah. Ambil la dia agar kesakitannya berkurangan lalu ia pergi buat selama-lamaya… tak dapat ku bayangkan. Aku sentiasa bersamanya… ke mana jua.. menjaga ia di hospital, di rumah, dan di klinik. Subang jaya medical centre berminggu aku di situ… bersama-samanya.. aku rindu padanya… Dan kini setiap kali rindu itu datang akan ku sertai dengan iringan Doa agar ia ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman…AMIN…
Aku tak mampu meneruskan coretan ini. Emosi ini cukup terganggu. Aku perlu berehat… ada masa dan kelapangan akan ku sambung kisah ini. Kisah insan yang tersayang yang cukup hebat di mataku. Permata dihati… Al-Fatihah buat Ucu nenek yang amat kusayangi..merenung wajah sayunya hati ini…
Ego……
August 27th, 2009 by r-ayuni
Egois…
Kerana terlalu ego aku kecundang… tewas dalam peperangan yang aku sendiri ciptakan. Kerana setinggi mana pun ego aku maka tinggi lagi egonya… maafkan aku kerana tidak memahami mengapa dia penuh dengan ego.. tinggi dengan ego yang menguji kesabaran ku. Kerap kali aku menitiskan air mata tapi dibiarkan berlalu.. adakah kerana egonya atau kerana egoku… lalu aku terus ego. Tanpa perbincangan dan luahan hati ke hati. Tapi kerana ego ku itulah ia telah memusnahkan sebuah ikatan… aku seharusnya bersabar melawan egonya.. cuba menurun darjah keegoannya.. bukan terus sama-sama melawan ego.. namun ia sudah berlalu.. berlalu bersama masa yang begitu pantas… pergi dan tidak akan kembali… Cuma perlukan aku ego lagi… ego yang tidak kena pada tempatnya…
Ego bukan sesuatu yang tidak penting. Amat penting dan biarlah ia kena pada tempatnya.. semua insan memiliki ego. Cuma ada cara untuk mengurus ego sendiri dan ego orang lain. Yang terbaik beralah lah kita sebagai wanita yang selalu di perkatakan insan bernama lelaki mempunyai ego yang tinggi… beralah bukan bererti kalah tetapi mencari jalan, peluang memahami situasi sebenar… pesananku buat diriku dan jua kalian bukan tiada ego Cuma belajarlah berhadapan dengan ego…jangan terlalu egois!
Love
August 27th, 2009 by r-ayuni
Salam Satu Malaysia……
Masih ingat lagi akan filem LOVE IS CINTA… sebuah filem yang mengasyikan seperti Ada Cinta, Mencintai Cinta dan Cinta… satu ungkapan yang cukup indah didengari dan cukup membuat kita tersenyum…. senyuman yang membawa seribu makna yang tersirat dan tersurat…
Apakah dengan bercinta ia akan lebih bermakna.. berapakah tempoh matang bercinta yang paling terbaik… pernahkan kita terfikir untuk bercinta selepas berkahwin atau sebaik-baiknya bercinta untuk melangkah ke gerbang perkahwinan…
Bukan senang untuk bercinta di mana mencintai dan dicintai… kebahagiaan di kala berputiknya sebuah percintaan yang belum pasti menjanjikan kebahagiaan ke akhir hayat… namun kita insan yang berani. Berani menghadapi sebuah percintaan dengan pelbagai ranjau n rintangan. Maka melangkah la kita ke alam perkahwinan yang cukup membahagiakan…. seperti pasangan lain kita terasa begitu bahagia memiliki dan dimiliki.
Mengapa terpanggil untuk membuka lembaran ini? Kerana terbaca sesuatu yang cukup membawa seribu pengertian… “ Tak terjangkau dengan kaki dan tak terucap dengan kata-kata indah. Itulah irama kehidupan yang mengalunkan pelbagai emosi kita”. Cinta merupakan emosi kita… emosi yang cukup tulus lahir ikhlas dari hati kita… sesuci pemberinya dan sesuci itulah hati penerimanya… ia memerlukan pengorbanan.. menempuhi satu pertaruhan di mana berbezakah alam pencintaan dengan alam perkahwinan… jawablah wahai insan yang bergelar suami dan isteri.. hanya mereka yang mampu merungkaikan persoalan ini dan persoalan demi persoalan…
Kita yang kecewa kerana cinta perlukah bercinta lagi… bimbang akan kecewa lagi.. tapi ia telah bermula tanpa disedari… maka hadapilah, tempuhilah ia kerana kehadirannya mungkin membawa sesuatu yang berharga dalam kehidupan kita….jadi bukan kerana atas nama cinta, mencari cinta, sambutlah cintaku dan cinta sang ratu tetapi kerana lumrah kehidupan yang memerlukan kasih yang suci, indahnya kasih dan mengertinya sebuah rindu untuk penyatuan dua hati yang saling melengkapi. Oleh itu jadikan setiap hari adalah hari yang istimewa penuh dengan bunga-bunga cinta yang pasti terselit sedikit kelayuan dan keguguran sebagai ranjau kehidupan….dan bercintala kerana Allah S.W.T agar ia lebih diredoi…so selamat pengantin baru buat semua sahabatku…..kalian berjaya membawa cinta kalian ke alam perkahwinan yang merupakan bukti cinta penyatuan dua jiwa bagi setiap pasangan yang berkasih untuk dikenang dan kekal sepanjang hayat. AMIN……
Buktikan…
August 25th, 2009 by r-ayuni
Melentang Division kawasan estate milik penuh Sime Darby…di sini bermula sebuah kehidupan baru bersama insan baru. Adakah mereka saling sayang menyayangi.. semoga begitu la hendaknya. Pertemuan dan penyatuan dua hati semoga ia berkekalan dengan sempurna. Amin…. walaupun pelbagai masalah timbul ku harap mereka teguh berdiri dan berdikari bersama atas nama cinta yang tercipta untuk mereka. Oleh mereka sendiri. Tiada yang mampu menghalang namun tiada juga yang menidakkan satu kebenaran yang terpaksa di terima…
Ku harap ia bukan satu persinggahan sementara penat. Sementara melepaskan keletihan… biarlah ia selamanya begitu hingga ke akhir hayat. Walaupun ada pihak yang tidak menerima, merestui kehadiran ia maka buktikan lah…. ia mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik. Menjadi seseorang yang boleh dipercayai, diterima dan disayangi..
Masalah timbul lagi apabila kehadiran insan ketiga yang bukan tepat pada waktunya.. aku menerima kehadiran ia walaupun tetap ader pihak yang menolak kehadirannya.. bukan menolak selamanya Cuma memerlukan waktu untuk menerima dan berfikir… merenung wajahnya sayu hati ini. Mengapa situasi ini berlaku sedangkan ia sesuatu yang bermakna dan yang penting buat kita… inilah suratan takdir. Penentu segala yang berlaku. Pasti ader hikmah disebaliknya… pasti ader cahaya dan sesuatu yang terbaik buat kita…. bersabarlah…..
Maka disitulah mereka meneruskan kehidupan. Bukan aku sanggup membiarkan tapi apakan daya aku tidak mampu mengubah sesuatu yang di luar bidang kuasa ku… aku hanya berserah kepada Nya.. agar semuanya akan berjalan lancar dan sempurna. Segala yang keruh akan jernih semula. Percayalah….
Bukan aku tidak mempercayai insan itu. Itu bernama lelaki. Tetapi terlalu berhati-hati. Mampukan ia membahagiakan insan yang aku sayangi… bertanggungjawab atas diri nya dan orang lain. Jika ia buktikan… aku sedia menunggu sebelum aku bertindak lebih jauh..
Aku ke sana MD bukan untuk memarahi. Jauh sekali memisahkan malah memberi sedikit sokongan walaupun aku menerima pelbagai kemarahan di luar sana. Menerima angapan dan tanggapan yang aku sendiri tidak mampu terima. Tahukah mereka. Bukan senang tapi ku lalui demi kasih sayang ini. Dan kerana itu ku amat memerlukan pengirbanan kalian untuk kebaikan bersama. Buktikan lah…Aku akan teruskan jua berdepan moga ader sinar untuk kita kelak.. sinar yang akan menyinari seluruh keluarga kita…ingat bukan satu permainan tetapi satu percaturan kehidupan yang ku harapkan sebauh kebahagiaan yang kekal abadi…..
Sesuatu yang bermakna
June 3rd, 2009 by r-ayuni
andai kata masa itu tiba, maka sesuatu yang bermakna buat diri ku akan berlaku.. aku hargai segala yang berlaku dan pasti menghargainya…
aper yang berlaku atas kehendak semua yang pasti mengembirakan semua. hati ini dan hati mereka semua termasuk hati dia…..
moga impian itu akan tercapai dan sesuatu yang bermakna akan terus bermakna hingga akhirnya…
Permulaan…..
June 3rd, 2009 by r-ayuni
disini bakal bermula satu permulaan… sesuatu yang pasti mengembirakan banyak hati. termasuk hati ini….. semoga permulaan ini akan terus mekar hingga ke akhirnya..
buat yang bersama di permulaan… bersabar la… pasti akan ader akhirnya..
November Ini…
November 18th, 2008 by r-ayuni
November kali ini mencipta sejarah.. sejarah silam dengan citer baru… November bertemu november dan di mana kah akhirnya.. pantas dan pasti sesuatu yang sukar diduga..
Doa dan harapan agar November akan datang membawa seribu kepastian.. membawa jawapan untuk semua november yang telah berlalu…membawa sesuatu yang pasti dalam kehidupan..
kehadiran november membawa kenangan terindah.. kenangan yang tercipta antara kita… moga dia akan berkekalan selagi november menjelma..
Laluan Kehidupan
April 19th, 2008 by r-ayuni
Salam buat mereka..
diri ini jarang menulis.. terpanggil untuk menulis tetapi masa begitu singkat.. kesibukan di mana silapnye sering menguasai diri. biarlah selagi ader keperluan dan kemahuan..selagi ia memberi rezeki dan kebahagian.
bercerita pastinye memerlukan mood n idea.adakah hari ini mood yang terbaik. coretan ini untuk diri ku yang terkapai2 dalam pencarian sesuatu yang pasti.
menolak takdir ibarat menolak ketentuanNya.. tetapi ia terlalu sukar untuk ditempuhi..sesungguhnya diri ini bersyukur atas ape yang dikurniakan. terlalu banyak yang tak mampu dinilai..
ceritaku bermula disini……
diri ini terlalu menghargai kehadirannya.. tanpa nya adakah diri ini mampu berdiri teguh seperti sebelum ini dan hari nie. tiada lagi air mata mampu kutangisi kerana andai ditentukan ia pergi jua. aku pasti pasrah..cuma Ya Allah berilah diri ini kekuatan menempuhi tanpa mereka insan-insan yang tersayang..
pilihan keluarga atau pilihan sendiri.. sukar untuk menentukan. wahai insan yang ku sayang. satu2nya darah daging yang ku miliki setelah kepergian L .. diri ini bersedia menguruskan tapi berfikirlah semua atas aper yang dirimu pinta.. bukan aku tidak mampu menunaikan tapi fikirlah kerana perkahwinan bukan untuk sehari..
seandainya terjadi jua, aku bisa menjaga hati demi kebaikan kedua-dua belah pihak. ingat lah diri ini sentiasa disamping mu dekat dihati walaupun jauh di mata.
aku sayang padamu dan keluarga kita adalah keluarga yang kecil. jangan di hancurkan keluarga ini.
peluang ader di mana2. tp bagaimana harus ke ambil setiap peluang yang ada. rasa belum cukup kekuatan ini tapi kapan bila ia akan cukup… telah banyak ku lalui, rasai tapi mengapa belum jua ader yang terkena… ya mungkin belum ader rezeki tapi di mana silap ku kini.. aku harus berfikir untuk berubah, mengubah dan terubah sesuatu yang terbiasa..
inilah laluan kehidupan dalam 3 cerita.. dalam tahun 2008.
Kosong Tapi Bermakna
February 7th, 2008 by r-ayuni
07022008 tarikh bermula sesuatu yang sepatutnya belum bermula… maka ia ibarat kosong tapi bermakna.. diriku pergi dengan penuh makna dan permintaan… tp semuanya diperolehi tetapi diri ini ibarat kosong bile berhadapan… pelbagai persoalan bermain di minda… beribu pertanyaan yang tak mampu ditanya dan dijawab… siapakah yang harus dipersalahkan.. keadaan, masa, situasi dan tika itu… walaupun sudah berlalu.. kenangan tetap diingatan… adakah mudah terpadam, dipadam, musnah dan dilupuskan begitu saja…
tiada kebenciaan di hati ini, tiada dendam di hati ini, cuma hati ini kosong. ibarat tak dapat merasai apakah rasanya jika adanya… bukan menidak keperluan hakiki, menolak takdir, tetapi belum bersedia menerima semuanya…
banyak yangku tahu maka lg banyak yang ingin ku tahu.. ingin ku fahami, ingin ku ketahui dan ingin ku bongkar… tetapi ia adalah sesuatu yang sukar untuk di cari, di temui dan di kenal pasti…
kemaafkan ikhlas telah lama diberikan, cuma hati ini kosong menerima… terfikir perlu atau tidak, untuk apa n mengapa mesti…
inilah sesuatu yang kosong tapi bermakna…kosong yang perlu difikir untuk diisikan dan bermakna kerana tanpanya tiada la diri ini…