Majlis Pernikahan 11 Disember 2009
Majlis Persandingan 12 Disember 2009
Majlis persandingan telah berlangsung pada 12 Disember 2009 di kediaman milik keluarga Ayu di Bidor Perak dalam suasana yang sederhana dan penuh kegembiraan. Majlis persandingan kami bertemakan warna hitam dan putih merupakan warna yang ceria dan suci bersih dengan kehadiran saudara mara, kenalan dan semua sahabat handal Ayu dan keluarga kami. Majlis turut diselitkan dengan acara memotong kek dan selingan lagu cinta dan perkahwinan di sepanjang majlis yang diacarakan oleh Juruacara iaitu Encik Yaakub dari Kg Petaling Bidor, Perak. Detik-detik indah sepanjang majlis ini telah dirakamkan oleh jurukamera milik keluarga kami Eddy Photographer iaitu En. Hamzidi Hamid suami kepada Adik Saudara Pengantin Perempuan Pn. Nur Faizah Binti Hj Saibul dan semuanya ditaja oleh pasangan tersebut. Detik-detik indah juga dirakamkan secara Outdoor pula dilangsungkan di kawasan Sungkai juga ditaja khas oleh Eddy Photographer.
Perkenalan …
Diperkenalkan oleh kenalan di Port Dickson sekitar November 2007 dan dari kenalan mulanya timbul rasa di hati ini.. Mengenali diri masing-masing dari kejauhan, kami lost touch for a while until pertemuan semula di bulan Ramadhan September dan Oktober 2008. Bermula dari situlah hubungan itu mula rapat hingga menguntumkan bunga2 cinta. Sehingga kami mengikat Tali Pertunangan pada 11hb Julai 2009.
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Seandainya telah kau catatkan dia milikku,
Tercipta buatku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan di antara kami,
Agar kebahagian itu adalah abadi,
Dan Tuhanku yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari kehidupan
Yang sejahtera seperti mana yang engkau
Kehendaki.....
Bulan Madu…
Di Suria Cherating Beach Resort, Cherating Pahang Darul Makmur pilihan Ayu dan melaksanakan sedikit tugasan sambilan di Nilai Negeri Sembilan. Situasi yang penuh kenangan dan meninggalkan pelbagai suka duka kehidupan bersama buat permulaan..
Hantaran & Majlis Batal Air Sembahyang
Hantaran hanya dibawa semasa majlis pertunangan pada 11hb Julai 2009, 19 dulang berbalas 21 dulang dengan pelbagai kelengkapan diri dan makanan serta manisan.
Lokasi Pengambaran
Pilihan jurugambar iaitu lokasi taman dan pembandaran. Di sekitar Sungkai Perak dan Teluk Intan Perak. Penuh kenangan yang tidak dapat kami lupakan.
Nama Pengantin : Saburi Bin Omar Din, 35 & Ramlah @ Ayu Binti Md Yusof ,30.
Selamat Pengantin Baru
Ikhlas Ayu
Majlis Persandingan 13 Disember 2009
Majlis Resepsi pihak lelaki diadakan keesokan harinya iaitu pada 13 Disember 2009 bertempat di kediaman pengantin lelaki di di No 62, Kg Baru Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak. Majlis dihadiri seramai 500 orang tetamu dikalangan keluarga terdekat kedua-dua mempelai, rakan-rakan lama, saudara mara dan sahabat handai. Perjalanan majlis yang sempurna ini diuruskan sendiri oleh seluruh keluarga pengantin lelaki yang diilhamkan dengan tema berwarna hijau lumut yang cukup menyerlah. Tetamu dihidangkan dengan makanan yang disediakan secara tradisional iaitu gotong-royong bersama-sama penduduk kampong dan jiran-jiran. Turut disulami dengan alunan muzik yang mengembirakan semua para tetamu.
No comments:
Post a Comment